Syarat menjadi Presiden Presiden_Amerika_Syarikat

Perlembagaan Amerika Syarikat menyatakan:

"Tidak seorang pun, selain daripada warganegara asli, atau warganegara Amerika Syarikat pada waktu berlakunya Perlembagaan ini, dapat memangku jawatan presiden; dan tidak seorang pun yang dapat memangku jawatan tersebut, kecuali dia telah mencapai umur 35 tahun dan telah tinggal di Amerika Syarikat selama 14 tahun."

Setiap presiden perlu bersumpah:

"Saya bersumpah dengan khidmat bahawa saya dengan setia akan melaksanakan jawatan Presiden Amerika Syarikat dan dengan segala kesanggupan yang ada pada saya akan memelihara, melindungi, dan mempertahankan Perlembagaan Amerika."